Thursday, June 16, 2011

RINDU RAI HARI BAPA

3 Rejab 1432H ayahanda yg disayangi kembali menghadap Ilahi...syahdu di hati.. pilu yg terperi.  Kagum melihat bonda tersayang...tak setitik airmata menitis.  Kekuatan bonda kerana percaya dari Allah Taala kita hidup di dunia...kepada-Nya kita kembali.

Bulan Jun ni tiada lagi peluang meraikan hari bapa....  tak sempat bagitau ayah, sy dapat tawaran bekerja selaku penerbit eksekutif di stesen televisyen berbayar Julai depan.


Banyak benar jasa ayahanda pd sy, suami & anak2.  Semua anak2 memang amat rapat dgn atuk.  Semasa hayat atuk mengasuh anak2 sejak baby lg... memandangkan rutin kerjaya sy sering pulang lewat malam.  Malah kata suami ayah adalah pendengar yg baik ketika dia bermasalah.

Apa saja permintaan sy pasti ayah cuba tunaikan walaupun kekadang keuzuran diri tidak mengizinkan.  



 

0 comments:

CANTIK RECIPE   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP