Sunday, March 9, 2014

KEK CAWAN YUMMY


Adunan kek ni mudah la sangat.  Jk ikut resipi cup cake banyak sangat guna gula castor.

So I ubah suai ikut selera.  Kurangkan manis dlm makanan...hehe.

Nak kek yg sedap guna butter/mentega.  Pasti lazat and gebu.  Kanak2 tadika or taska suka tengok warna-warni ni... rasanya pun sedap.

CRISPY ALMOND


Biskut ni mudah sgt nak buat.  My kids and I love it.  Kejap je ngap2 tau-tau habis dah!!

Tosak beli ready made.  Gi kedai jual brg2 bakery....semua ingredient ada.  Letak kepingan badam, kuaci hijau dan apa2 je bijian yang kita suka.

Letak dlm dulang pembakar then bake in the oven around 10 minutes.    Before u ngap cut into piece then sejukkan sebentar. 

Thursday, June 16, 2011

RINDU RAI HARI BAPA

3 Rejab 1432H ayahanda yg disayangi kembali menghadap Ilahi...syahdu di hati.. pilu yg terperi.  Kagum melihat bonda tersayang...tak setitik airmata menitis.  Kekuatan bonda kerana percaya dari Allah Taala kita hidup di dunia...kepada-Nya kita kembali.

Bulan Jun ni tiada lagi peluang meraikan hari bapa....  tak sempat bagitau ayah, sy dapat tawaran bekerja selaku penerbit eksekutif di stesen televisyen berbayar Julai depan.


Banyak benar jasa ayahanda pd sy, suami & anak2.  Semua anak2 memang amat rapat dgn atuk.  Semasa hayat atuk mengasuh anak2 sejak baby lg... memandangkan rutin kerjaya sy sering pulang lewat malam.  Malah kata suami ayah adalah pendengar yg baik ketika dia bermasalah.

Apa saja permintaan sy pasti ayah cuba tunaikan walaupun kekadang keuzuran diri tidak mengizinkan.  



 

Tuesday, August 10, 2010

Hazelnut Badam Coklat Chips

250gm mentega
60gm shortening
250gm gula perang
1 kuning telur
1 cawan hazelnut cincang
1/2 cawan badam cincang
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung susu
2 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp mocha/serbuk koko
200gm coklat chip

1. Putar mentega, shortening & gula perang.
2. Masukkan telur & putar lagi.
3. Ayak tepung jagung, susu, gandum, serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat.
4. Putar bersama mentega tadi.
5. Tambah coklat chip, badam & hazelnut.
6. Canai perlahan atau bentukkan mengikut acuan kegemaran.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180C.

Biskut Oat Coklat

300gm marjerin
140gm shortening
160gm gula icing
2 telur kuning
120gm oat
120gm tepung jagung
60gm serbuk koko
360gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
esen vanila
Oat untuk hiasan (golekan biskut sebelum dibakar)

1. Pukul marjerin, shortening & gula icing.
2, Masukkan kuning telur & pukul lagi.
3. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, tepung jagung & serbuk koko.
4. Masukkan tepung tadi ke dalam marjerin & kacau sebati.
5. Bulatkan biskut seperti bebola & golekan ke atas oat.
6. Bakar pada suhu 180C.

Sunday, April 18, 2010

KERABU MANGGA

50gm kacang tanah
5 biji buah mangga
1 camb udang kering
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 camb gula
Sedikit garam
1 camb minyak masak

1. Goreng kacang tanah dalam minyak panas. Toskan.
2. Basuh buah mangga & kupas kulit. Potong kecil memanjang.
3. Goreng tanpa minyak udang kering kemudian kisar halus.
4. Panaskan minyak, tumis bawang & udang kering.
5. Masukkan buah mangga & tambah garam.
6. Goreng layu & angkat.

TALAM UBI KUKUS

Bahan A (Lapisan Bawah)
400gm ubi kayu parut
100ml air
100gm gula melaka
70gm gula
50gm kelapa parut
Sedikit garam

1. Didihkan air bersama gula & gula melaka.
2. Gaul ubi kayu bersama garam & kelapa parut.
3. Tuangkan didihan air tadi.
4. Jerang air dalam periuk kukus, panaskan loyang.
5. Kukus adunan ini.

Bahan B (Lapisan Atas)
60gm tepung beras
20gm tepung ubi
480ml santan
100ml air
15gm gula
Sedikit garam

1. Ayak ke semua tepung.
2. Masukkan air & santan bersama garam & gula.
3. Masak adunan ini di atas api sederhana sehingga separuh masak.
4. Tuang segera ke dalam kukusan tadi.

CANTIK RECIPE   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP