Tuesday, August 10, 2010

Hazelnut Badam Coklat Chips

250gm mentega
60gm shortening
250gm gula perang
1 kuning telur
1 cawan hazelnut cincang
1/2 cawan badam cincang
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung susu
2 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp mocha/serbuk koko
200gm coklat chip

1. Putar mentega, shortening & gula perang.
2. Masukkan telur & putar lagi.
3. Ayak tepung jagung, susu, gandum, serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat.
4. Putar bersama mentega tadi.
5. Tambah coklat chip, badam & hazelnut.
6. Canai perlahan atau bentukkan mengikut acuan kegemaran.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180C.

Biskut Oat Coklat

300gm marjerin
140gm shortening
160gm gula icing
2 telur kuning
120gm oat
120gm tepung jagung
60gm serbuk koko
360gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
esen vanila
Oat untuk hiasan (golekan biskut sebelum dibakar)

1. Pukul marjerin, shortening & gula icing.
2, Masukkan kuning telur & pukul lagi.
3. Ayak tepung gandum, serbuk penaik, tepung jagung & serbuk koko.
4. Masukkan tepung tadi ke dalam marjerin & kacau sebati.
5. Bulatkan biskut seperti bebola & golekan ke atas oat.
6. Bakar pada suhu 180C.

Sunday, April 18, 2010

KERABU MANGGA

50gm kacang tanah
5 biji buah mangga
1 camb udang kering
3 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 camb gula
Sedikit garam
1 camb minyak masak

1. Goreng kacang tanah dalam minyak panas. Toskan.
2. Basuh buah mangga & kupas kulit. Potong kecil memanjang.
3. Goreng tanpa minyak udang kering kemudian kisar halus.
4. Panaskan minyak, tumis bawang & udang kering.
5. Masukkan buah mangga & tambah garam.
6. Goreng layu & angkat.

TALAM UBI KUKUS

Bahan A (Lapisan Bawah)
400gm ubi kayu parut
100ml air
100gm gula melaka
70gm gula
50gm kelapa parut
Sedikit garam

1. Didihkan air bersama gula & gula melaka.
2. Gaul ubi kayu bersama garam & kelapa parut.
3. Tuangkan didihan air tadi.
4. Jerang air dalam periuk kukus, panaskan loyang.
5. Kukus adunan ini.

Bahan B (Lapisan Atas)
60gm tepung beras
20gm tepung ubi
480ml santan
100ml air
15gm gula
Sedikit garam

1. Ayak ke semua tepung.
2. Masukkan air & santan bersama garam & gula.
3. Masak adunan ini di atas api sederhana sehingga separuh masak.
4. Tuang segera ke dalam kukusan tadi.

PANCAKE

250gm tepung gandum
100gm butter
10gm gula
150ml susu segar
100ml air
3 biji telur
1 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
1 camt esen vanilla
Perisa - Peanut butter/ coklat

1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat & baking powder.
2. Putar butter bersama gula & telur.
3. Masukkan susu segar, air & esen, putar lagi.
4. Tambah tepung yang telah diayak & putar.
5. Biarkan adunan selama 30-60minit.
6. Panaskan kuali (non stick) & masak pancake tersebut.

KUIH BAKAR

200gm tepung gandum
200ml santan
200ml air pandan (kisar daun pandan)
100gm gula
3 biji telur
Pewarna hijau
Sedikit bijan (dibakar/goreng tanpa minyak sebentar)

1.  Ayak tepung gandum kemudian masukkan gula.
2. Pecahkan telur & tuang bersama santan & air pandan
3. Panaskan ketuhar 170F.  Sapu marjerin pada loyang pembakar.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang & tabur bijan.
5. Bakar selama 40 minit.

DONUT

500gm tepung roti/tepung gandum
40gm gula
30gm marjerin
100ml air
50ml susu segar
1 telur
6gm yis maurifan
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt esen vanilla
1 camt dough softener
Minyak masak untuk menggoreng
Gula halus

1. Campurkan yis bersama gula & air.
2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat & baking powder.
3. Masukkan marjerin & dough softer kemudian gaul & ramas.
4. Masukkan air yis tadi bersama susu segar, uli menjadi doh.
5. Perapkan sebentar hingga doh kembang 3x ganda. Tutup mangkuk dengan tuala bersih.
6. Uli semula. Biar hingga doh kembang.
7. Terapkan doh di atas papan canai mengikut acuan kesukaan.  Biar ia kembang sebentar.
8. Panaskan minyak & goreng atas api sederhana.

Saturday, January 16, 2010

KUIH LAPIS KACANG HIJAU

Bahan A
50gm tepung kacang hijau
12.5gm tepung hoon kwee
10gm tepung kanji /tepung ubi
250ml santan
75gm gula melaka
25gm gula
62.5ml air

1. Didihkan gula melaka bersama air & gula. Setelah cair sejukkan sebentar.
2. Ayak tepung kacang hijau, hoon kwee & tepung ubi.
3. Masukkan santan bersama air gula melaka.
----------------
Bahan B
62.5gm tepung beras
46gm tepung gandum
1/2 camb tepung ubi
1/4 cawan gula
150ml santan
200ml air
sedikit garam
pewarna hijau

1. Ayak tepung beras, tepung gandum & tepung ubi.
2. Tambah gula, garam bersama santan & air.
3. Titik pewarna hijau.
4. Didihkan air dalam pengkukus. Panaskan loyang sebentar. 
5. Tuang 100ml adunan A, kukus 5 minit.
6. Tuang 100ml adunan B, kukus 5 minit (berselang seli hingga habis).

CANTIK RECIPE   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP